Taman Tergantung Babylon merupakan satu daripada ciptaan manusia yang menakjubkan dan dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar,iaitu raja Chaldea.Dalam taman tersebut terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga yang ditanam pada binaan bertingkat di bukit berteres yang menampakkan seolah-olah tanaman tersebut tergantung.
Tinggalan ukiran yang terdapat pada dinding Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon pada masa dahulu
Taman Tergantung Babylon pada masa kini
Petempatan-petempatan awal Zaman Neolitik mula muncul di sekitar Mesopotamia antara tahun 7000-5000 S.M..Petempatan-petempatan tersebut berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M.. Petempatan-petempatan tersebut kemudiannya berkembang menjadi kerajaan.Kerajaan terawal yang muncul di Mesopotamia ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M.).Tamadun Mesopotamia boleh dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan,iaitu:
Kerajaan |
Tempoh masa |
Sumeria | 3500-2340 S.M. |
Akkad |
2371-2006 S.M. |
Ur |
2113-2006 S.M. |
Babylon awal atau lama |
2000-1530 S.M. |
Kassites | 1530-1100 S.M. |
Assyria |
1100-626 S.M. |
Chaldea |
626-539 S.M. |
Mesopotamia merupakan tamadun yang terawal di dunia.Mesopotamia dalam bahasa Yunani bererti Tanah di antara dua sungai.Wilayah Mesopotamia ini terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.Di barat kawsan Mesopotamia terletak padang pasir dan dataran tinggi Arab.Di timurnya pula terdapat Pergunungan Zagros.
Lokasi tamadun Mesopotamia
Lokasi tamadun Mesopotamia pada masa kini