Pembentukan tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian utara dan bahagian selatan bandar Baghdad.Bahagian utara bandar Baghdad meliputi kawasan pertengahan sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab yang dikenali sebagai Assyria. Bahagian selatan bandar Baghdad pula meliputi kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum. Kawasan ini dikenali sebagai Babylon. Babylon pula dibahagikan kepada dua kawasan,iaitu Akkad di utara Sumeria dan di selatan.

      Pertumbuhan tamadun di Mesopotamia bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer.Orang Sumeria bukanlah peneroka awal kerana sebelumnya kebudayaan Neolitik telah lama wujud dan berkembang di wilayah ini.Orang Sumeria telah berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan yang membolehkan mereka mengawal pengairan air sungai. Aktiviti ini telah membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

        Petempatan awal yang berbentuk perkampungan ini kemudiannya berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya kepada beberapa buah negara kota seperti Kish, Nippur, Lagash, Uruk,
Ur, Eridu, Asur dan Mari. Kesemua negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan terusan.

Sumeria
Perkataan Sumeria berasal daripada nama kuno yang merujuk pada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumer. Pada peringkat awal, kawasan ini didiami oleh tiga kumpulan etnik, iaitu orang Sumitik, dan orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya tetapi bilangan mereka ini adalah kecil.